受Covid-19感染的肺部.
阅读障碍友好
返回到纪念馆页面
Rokiah Laton sits on a wing chair, while wearing a floral baju kurung and headscarf. The picture was taken on Hari Raya Aidilfitri 2021.

Rokiah Bt. Laton

逝世日期 2021年8月2日

Rokiah Bt. Laton

逝世日期
2021年8月2日
地点
Selangor

关于 Rokiah Bt. Laton

Rokiah Bt Laton,74岁,于2021年8月2日,早上7点05分在巴生中央医院逝世。 她留下了12位子女和超过50位孙子孙女。 “我们非常想念您,妈妈。如真主所愿,我们会重遇的。法谛海。”

我们永远怀念你

  • Salinar Rahmat | Daughter

    Mak Srikandi kami Dari sebesar tapak tangan Dengan tangan mu menyuap kami makan Dibelai diasuh menjadi manusia Bersengkang mata dikala sakit pening Kau tak pernah ambil enteng Apakah cukup selama ini yang kuhulur Biar segunung dan seluas lautan Jasa mu Mak tak bisa ku balaskan Mak... Melihat mu terbujur kaku hatiku hancur retak seribu Gelap gulita dunia ini kurasa Pendemic Covid 19 lah punca Mak… Tanpa sedar aku menghiris hati mu Tanpa sengaja menjatuhkan air mata mu Betapa aku alpa dengan kehidupan ku Maafkan segala khilafku Mak… Betapa aku ingin kau gembira Lupakan segala duka lara Hari-hari terakhir kita bersama Hanya air mata dan doa Mak pulih seperti sedia kala Mak… Terima kasih kerana susu mu Terima kasih kerana menumpang rahim mu Terima kasih melahirkanku Terima apa adanya lebih dan kurang diriku Mak… Sudi kiranya menjadi Ibu sekali lagi di syurga firdausi Bersama-sama Arwah Abah dan yang lainnya sebagai sebuah keluarga kekal abadi selamanya Mak… Ampunkan segala dosa-dosa yang ku sembunyi dan ku ulangi Bersemayamlah Mak dengan tenang bersama para Solehin dan para Anbiya Mak insan terpilih syahid akhirat kerana Allah s.w.t “Jangan kamu mandikan jenazah mereka, kerana setiap luka atau darah, akan mengeluarkan bau harum kasturi pada hari kiamat nanti.” Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim... Innalillahhiwainnailahirojiun... Semoga Allah merahmati roh mu Memuliakan kematian mu Mengampuni segala kesalahan mu Terima solat dan amal jariah mu Menjadikan syurga sebagai ganti tempat mu Amin Amin Amin ya rabbal alamin... Al fatihah Srikandi Bonda tercinta Rokiah Bt Laton 9.10.1946 - 2.8.2021 Syahid Covid-19 Nukilan anakanda- Salinar Rahmat

分享您的悼词