Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Lukisan seorang lelaki dan seorang perempuan sedang berpelukan dengan dahi keduanya bersentuhan.
Karya Arina Izuddin.

Tentang Usaha Ini

Di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur, berdirinya Tugu Peringatan Negara - satu monumen yang didedikasikan kepada lebih 11,000 perajurit tanah air yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945), dan Darurat Tanah Melayu (1948-1960). Mendukung inspirasi sama, Memorial Covid-19 Malaysia ialah satu memorial dalam talian yang dibangunkan secara sukarela oleh sekumpulan rakyat Malaysia, bertujuan bagi mengenang dan tanda penghormatan kepada setiap individu yang telah terkorban akibat virus Covid-19 dalam negara. Sejak kes pertama Covid-19 dilaporkan di Malaysia pada 24 Januari 2020 lalu, sehingga kini lebih daripada 21,000 orang telah terkorban akibat virus ini.

21,000 itu bukan sekadar angka. Setiap angka tersebut adalah ibu, bapa, anak, datuk, sahabat, dan individu yang amat disayangi. Perginya setiap nyawa itu meninggalkan pelbagai kenangan yang akan sarat dibawa dan menghantui mereka yang ditinggalkan. Memorial ini dibangunkan agar nama, wajah, serta kisah-kisah sepanjang kehidupan mereka akan dapat terus dikongsi dan terpahat selamanya dalam memori. Maklumat yang disiarkan dalam memorial ini dikumpul daripada carian awam (laporan media tempatan dan hantaran media sosial kepada awam), serta maklumat yang dikemukakan oleh ahli keluarga dan orang awam kepada kami.

Untuk menyumbang, anda boleh menghantar kisah anda melalui info@c19memorial.my atau mengemukakannya melalui borang ini.

Penyumbang

Soalan Lazim