Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia

Dasar Privasi

Dasar privasi ini (polisi) membantu anda memahami bagaimana c19memorial.my menggunakan dan melindungi data yang anda berikan kepada kami ketika mengunjungi dan mengakses https://c19memorial.my (‘website’, ‘perkhidmatan’).

Kami berhak untuk mengubah polisi pada bila-bila masa dan segala perubahan atau pembaharuan boleh dilihat ketika anda mengunjungi halaman ini.

Dasar privasi ini dihasilkan di dalam Bahasa Inggeris dan diterjemah. Jika terdapat percanggahan di antara versi bahasa lain dan versi Bahasa Inggeris, sila rujuk versi Bahasa Inggeris.

Data Apa yang Kami Kumpul

Apabila anda mengunjungi halaman ini, kami mengumpulkan data peribadi berikut:

  • Nama anda;
  • Nombor telefon ATAU e-mel;
  • Perincian mengenai orang yang kasihi/diperingati (berdasarkan borang dihantar yang disediakan di laman web kami); dan
  • Gambar/foto orang kasihi/diperingati.

Sekiranya anda ingin mengemukakan kata-kata penghargaan atau komen mengenai orang yang dikasihi, kami mengumpul:

  • E-mel anda.

Kami mengumpulkan data peribadi anda kerana beberapa sebab, iaitu:

  • Untuk menghubungi anda sekiranya kami mempunyai pertanyaan mengenai maklumat anda berikan;
  • Untuk mengesahkan bahawa anda bukan robot;
  • Untuk menyiarkan mesej memorial; dan
  • Untuk memberi tahu anda semasa mesej memorial sudah dimuat naik.

Kawalan Keselamatan dan Perlindungan Data

Kami komited untuk melindungi data anda dan merahasiakannya. Kami juga sedaya upaya mencegah pencurian data, akses tanpa izin sekaligus melindungi semua maklumat yang kami peroleh secara dalam talian.

Dasar Kuki Kami

Setelah anda bersetuju untuk membenarkan laman web kami menggunakan kuki, anda juga bersetuju untuk menggunakan data terkumpul mengenai perilaku dalam talian anda termasuk laman web yang paling banyak anda luangkan masa dan laman web yang anda sering lawati.

Data yang kami kumpulkan dengan menggunakan kuki digunakan untuk menyesuaikan laman web kami mengikut keperluan anda.

Harap maklum bahawa kuki tidak membolehkan kami menguasai komputer anda melalui pelbagai cara. Ia hanya digunakan untuk memantau halaman yang anda anggap berguna dan tidak supaya kami dapat memberikan pengalaman yang lebih baik untuk anda.

Sekiranya anda ingin melumpuhkan kuki, anda boleh melakukannya dengan mengakses tetapan penyemak imbas internet anda.

Pautan ke Laman Web Lain

Laman web kami mengandungi pautan yang menuju ke laman web lain. Sekiranya anda mengklik pautan tersebut, Memorial Covid-19 Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap data dan perlindungan privasi anda. Mengunjungi laman web tersebut tidak diatur oleh perjanjian dasar privasi ini. Pastikan anda membaca dasar privasi laman web tersebut.

Mengehadkan Pengumpulan Data Peribadi Anda

Sekiranya anda tidak bersetuju untuk berkongsi maklumat dengan kami, jangan ragu untuk menghubungi kami melalui e-mel dan kami akan mengubahnya untuk anda.

Kami tidak akan menjual atau menyebarkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga, melainkan kami mendapat kebenaran anda. Namun, kami mungkin melakukannya sekiranya undang-undang memaksa kami buat demikian.

Pemilikan Bahan Yang Dihantar ke Laman Web Kami

Anda ialah pemilik semua media dan teks yang dikirimkan kepada kami untuk tujuan memperingati orang yang anda sayangi, dan berhak meminta untuk menyunting atau membuang bahan dari laman web kami. Anda boleh melakukannya dengan menghantar e-mel kepada kami di info@c19memorial.my.

Namun, kami berhak menyunting bahan untuk menjadikannya lebih jelas, atau dari segi bahasa dan menjadikannya lebih singkat. Kami juga berhak untuk menolak penyerahan (termasuk kata-kata penghargaan dan komen) yang tidak dapat disahkan, tidak sesuai atau berniat jahat.

Bahan yang anda kirimkan boleh kami gunakan di laman media sosial kami, termasuk di Twitter, Facebook dan Instagram, dan boleh digunakan oleh pihak media untuk melaporkan berkenaan laman web ini.

Kami juga menghasilkan memorial berdasarkan maklumat yang sudah ada di domain awam, iaitu yang disiarkan dalam berita atau di laman media sosial awam.

Semua bahan yang diterbitkan adalah belum dilaraskan.