Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia

Rujukan

Dalam menghadapi fasa pandemik yang sukar ini, setiap daripada kita pastinya ada isu masing-masing. Percayalah, anda tidak keseorangan dan mendapatkan bantuan bukanlah bermakna anda lemah. Di sini, kami senaraikan beberapa organisasi yang boleh membantu anda:

  • Logo MMHA

    Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA)

    Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) adalah pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan sesi kaunseling yang berpatutan dengan kaunselor pelatih (RM50 setiap sesi) atau kaunselor berdaftar (RM150 setiap sesi). Maklumat lanjut di sini.

    Telefon:
    03-2780 6803
    E-mel:
    admin@mmha.org.my
  • Logo MMHA

    Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA)

    Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA) adalah NGO kesihatan mental yang berpusat di Selangor. Mereka memberikan kaunseling berbayar atau sokongan percuma kepada golongan pendapatan B40. Anda boleh menghubungi mereka di talian 03-7932 1409 / 019-236 2423 atau daftar janji temu di sini.

    Telefon:
    03-7932 1409
    E-mel:
    info.miasa@gmail.com
    Alamat:
    31 Jalan Changgai 6/22, 46000 Petaling Jaya, Selangor
  • Logo Befrienders Kuala Lumpur

    Befrienders Kuala Lumpur

    Befrienders Kuala Lumpur memberi peluang kepada individu yang berdepan dengan masalah kemurungan dan memerlukan seseorang untuk mendengar dan berkongsi masalah. Mereka boleh dihubungi 03-7956 8145 (hotline) yang beroperasi 24 jam.

    Telefon:
    03-7627 2929 / 03-7956 8145
    E-mel:
    sam@befrienders.org.my
  • Logo KPWKM

    Talian Kasih 15999 KPWKM

    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membina Talian Kasih yang beroperasi 24 jam. Talian Kasih adalah talian prihatin masyarakat yang boleh diakses orang awam melalui dua saluran iaitu menerusi talian bebas tol 15999 dan aplikasi WhatsApp 019-2615999.

    Telefon:
    15999 (bebas tol)
    WhatsApp:
    019-261 5999
    E-mel:
    taliankasih@kpwkm.gov.my
  • Logo

    Sumbangan Khairat Kematian Covid-19 Selangor

    Waris penduduk Selangor yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada tahun 2021 boleh menuntut bantuan RM1,000 untuk menanggung kos pengebumian. Terhad untuk satu kematian setiap keluarga, sehingga 2,500 penerima.

    Telefon:
    1-800-22-6600
  • Logo

    Kita Jaga Kita

    Wabak Covid-19 memberi kesan kepada kita dalam pelbagai aspek. Kita Jaga Kita mengumpulkan pelbagai organisasi yang boleh memberi bantuan termasuk makanan, tempat tinggal, pengangkutan, vaksin dan bentuk sokongan lain. Sekiranya anda memerlukan bantuan atau boleh menawarkan bantuan, lawati laman web ini untuk maklumat lanjut.

  • Logo

    Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)

    NADMA menawarkan bantuan sekali (one-off) RM5,000 kepada waris warganegara Malaysia yang meninggal dunia akibat Covid-19. RM100 sehari juga diberikan kepada yang kehilangan pendapatan semasa Covid-19 kerana dimasukkan ke hospital. Lihat sini untuk butiran lanjut.

    WhatsApp:
    011-1321 8056
    E-mel:
    bkcovid19@nadma.gov.my
  • Logo

    Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

    Keganasan rumahtangga dilaporkan semakin meningkat dalam tempoh pandemik ini. WAO menyediakan tempat perlindungan percuma dan sokongan krisis kepada yang memerlukan melalui hotline 03-7956 3488 atau SMS/WhatsApp TINA di 018-988 8058.

    Telefon:
    03-7956 3488
    SMS/WhatsApp:
    018-988 8058
  • SOCSO logo

    Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan Perkeso

    Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO menyediakan faedah berkaitan Covid-19 kepada para pencarum di bawah Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Pencarum yang dijangkiti Covid-19 akibat daripada aktiviti pekerjaan ataupun tidak, layak menuntut faedah-faedah yang ditawarkan oleh PERKESO.

    Telefon:
    1-300-22-8000
    Emel:
    perkeso@perkeso.gov.my