Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Rosna binti Haji Baharon, 64, gestures to the camera while posing at a lakeside. She is wearing glasses, burnt orange headscarf and matching baju kurung.

Rosna Baharon

Meninggal dunia pada 5 Julai 2021

Rosna Baharon

Tarikh Kematian
5 Julai 2021
Tempat
Selangor

Mengenai Rosna Baharon

Rosna Baharon, 64, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh jam 7 pagi pada 5 Julai 2021. Anak saudaranya, Nurul Akhmal berkongsi: "Dia makcik saya, tak kahwin, tak ada suami. Memang tinggal dengan kami. "Dia kakak sulung kepada mak saya dan tinggal bersama dari mak saya bujang sampai mak kahwin dan beranak pinak. Dia jaga kami, jaga cucu kami. "Dia takde anak, so kamilah anak dia (walaupun kami hanya anak buah). Dia macam mak kedua kami. "Kehilangan dia sangat terasa bagi kami. Separuh jiwa kami seperti hilang. Dia tetap permaisuri di hati kami, adik-beradik ♥️"

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan