
Salmah Mohd Ali
Meninggal dunia pada 3 Jun 2021
Salmah Mohd Ali
- Tarikh Kematian
- 3 Jun 2021
- Tempat
- Kuala Lumpur
Mengenai Salmah Mohd Ali
Salmah Mohd Ali, 68, meninggal dunia jam 5.48 pagi pada 3 Jun 2021. Beliau dikurniakan enam orang anak dan 18 orang cucu. Anaknya yang membuat memorial ini berkongsi hobi ibunya ialah menghabiskan masa dengan cucu-cucunya. "Kami sentiasa ingat leteran ibu dan kini kami merindui saat-saat itu."
Sentiasa dalam kenangan
Lizza | Anak
Innalillahiwaibailahirojiun, Ya ALLAH.. kau ampunkanlah dosa bondaku Hajah Salmah Binti Mohd Ali, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air dingin. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan temukanlah ia dengan ayahanda di Sana Hj Hamzah Bin Majid sebagai jodoh till jannah.. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka. Amin Amin Yarabbal alamin Moga damai disana bersama penciptaNya Rindu padamu tidak bertepi.. Hanya doa yang mampu akak iringi buat bonda..