
Mahali Talib
Meninggal dunia pada 28 Julai 2021
Mahali Talib
- Tarikh Kematian
- 28 Julai 2021
- Tempat
- Selangor
Mengenai Mahali Talib
Mahali Talib, 69, meninggal dunia pada 28 Julai 2021, sebulan sebelum hari lahirnya yang ke-70. Pesara pengurus Bank CIMB di Batu Pahat itu melakukan dialisis sejak 2018. Beberapa hari sebelum Hari Raya Aidiladha, beliau mengalami simptom batuk berpanjangan sebelum kemudiannya disahkan positif Covid-19. Beliau dimasukkan ke Hospital Selayang pada 23 Julai 2021. Bagaimanapun, tahap kesihatannya semakin merosot sebelum menghembuskan nafas terakhir lima hari kemudian. Beliau disifatkan keluarganya sebagai seorang yang penyayang dan mengambil berat kepada semua orang. "Beliau pastinya akan dirindui kami semua. Semoga Allah merahmati roh arwah."
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.