Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Ahmad bin Juli poses in front of a display cabinet housing trinkets and trophies. He has a white beard, dark rimmed spectacles and a kopiah. He is dressed in a baju melayu.

Ahmad Juli

Meninggal dunia pada 6 Jun 2021

Ahmad Juli

Tarikh Kematian
6 Jun 2021
Tempat
Melaka

Mengenai Ahmad Juli

Ahmad Juli, 56, meninggal dunia jam 11.08 pagi pada 6 Jun 2021. Pada mulanya, beliau demam 3 hari berturut-turut dan dimasukkan ke Hospital Jasin pada 24 Mei kerana disyaki denggi. Hasil ujian calitan mendapati beliau positif Covid-19 dan pada 28 Mei dan beliau ditidurkan disebabkan paras oksigen yang semakin menurun. Keadaan beliau kemudiannya semakin baik namun qada dan qadar Allah SWT telah lama ditentukan di Luh Mahfuz. Pada tanggal 6 June 2021 jam 11.08 pagi arwah berangkat ke negeri abadi selamanya. Beliau meninggalkan isteri, Sa'adah Long, dan 4 orang anak (Afiq Izhharuddin, Nadhirah, Adam Harith & Siti Nadzirah binti Azmi). Beliau ialah pesara kerajaan yang gemar bercucuk tanam dan komited dalam semua perkara yang dilakukannya. Pemergian arwah dirasai ahli keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan kerana peribadinya yang sangat mulia. Peribadinya yang tegas dalam setiap perkara menjadi contoh dan tauladan untuk anak-anak meneruskan legasinya. Sifat arwah juga sentiasa disenangi rakan-rakannya. Kami percaya di sebalik semua yang terjadi, ada hikmah daripadaNya. Mohon kepada semua yg membaca mendoakan roh arwah dipelihara dan di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Doakan juga kepada ahli keluarga arwah sentiasa dilindungi daripada dijangkiti Covid-19 dan penyakit lain serta tabah menghadapi dugaanNya. Selagi hayat dikandung badan, anak-anak arwah akan sentiasa menjaga satu-satunya nyawa mereka iaitu ibu tercinta.

Sentiasa dalam kenangan

  • Lily | DIL

    Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un. Abah, we only spent a year and half together. But meeting with you face to face only few times. I do missed the time we spend together. Time we talked and laughed to each other. I missed all you present. But God loves you more. How i which i can turn the time back, so that we can have our time together for a long time. My kids will know you and they will loves you. And you going to be awesome grandfather to them. But i realized one thing, its only a dream now. Abah, thank you for raising such a good son. Your kind hearted and loveable personality raised him until he can be on he's own toes, and now he's someone husband which carry a lot of responsibility and maybe one day he will be a father that will teach his kids about life. I really hope that he will inherit your good deeds and raise his kids like you. ☺ But now he so much in pain. Yes he's smiling. But deep down his heart, his not strong enough to pass a day without remembering the day you left. The impact are to strong. Even do i always remember you. I love to hear a music. But this one song when i hear it i couldn't stop thinking about you and yes, it does tear me apart. The song title is Purnama by Naim Daniel. It a good song and deep meaning too. But i need to be strong for him. I really hope someday he will get trough this pain. Thank you for accepting me into the family. Thank you for accepting my flaws. Thank you for giving me a chance to love. your son. I miss you so much. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman amin. Semoga ALLAH ampuni dosanya. Semoga dia dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. Semoga ALLAH terangkan kuburnya dan semoga ditempatkan di kalangan para syuhada dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus. Takziah. Semoga dipermudahkan urusan. AlFatihah

Kongsi kata-kata penghormatan