
Azizan Abdul Rahim
Meninggal dunia pada 24 Julai 2021
Azizan Abdul Rahim
- Tarikh Kematian
- 24 Julai 2021
- Tempat
- Negeri Sembilan
Mengenai Azizan Abdul Rahim
Azizan Abdul Rahim, 44, meninggal dunia jam 3.10 petang pada 24 Julai 2021. Beliau meninggalkan isteri dan lima orang anak. Beliau bekerja sebagai pemandu trak dan atas tuntutan kerja, beliau selalu ke Singapura dan hanya pulang ke rumah sekali seminggu. Walaupun sibuk, namun beliau sangat bertanggungjawab kepada keluarga dan tidak pernah lupa mengingatkan anak-anaknya mengenai kewajipan solat. Beliau suka menghabiskan masa dengan anak-anak setiap kali bercuti. Selain berkebun, beliau juga sering bermanja dengan anak-anak dan meminta dimasakkan makanan kegemarannya. "Terlalu banyak memori bersama papa yang kami rindukan. Setiap hari Jumaat, kami akan berkunjung dan membersihkan pusaranya, serta membaca Yassin."
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.