
Murziana Eunos
Meninggal dunia pada 9 September 2021
Murziana Eunos
- Tarikh Kematian
- 9 September 2021
- Tempat
- Kedah
Mengenai Murziana Eunos
Murziana Eunos, 42, meninggal dunia jam 11.02 pagi pada 9 September 2021. Beliau disahkan positif Covid-19 pada 12 Ogos 2021 selepas menjalani ujian calitan sebagai kontak rapat kepada suaminya yang positif Covid-19 sebelum itu. Beliau dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani pada 13 Ogos 2021. Pada mulanya, beliau beransur sembuh namun tahap kesihatannya semakin merosot mulai 5 September dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 9 September, dua minggu selepas suaminya, Reduwan Ramli meninggal dunia. Beliau ialah seorang isteri yang taat dan ibu penyayang kepada anak lelakinya yang berusia 16 tahun. Beliau suka memasak dan berkongsinya dengan ahli keluarga dan kawan-kawan. Seorang pencinta kucing dan memelihara 10 ekor kucing di rumah. Sama seperti arwah suaminya, beliau seorang yang suka menolong sesiapa sahaja yang mengalami kesusahan. Setiap orang yang mengenali beliau merasai kehilangannya.
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.