
Mohamed Yusoff
Meninggal dunia pada 25 Mei 2021
Mohamed Yusoff
- Tarikh Kematian
- 25 Mei 2021
- Tempat
- Perak
Mengenai Mohamed Yusoff
Mohamed Yusoff, 81, meninggal dunia pada 25 Mei 2021. *Bagai patah tak tumbuh lagi* *Bagai hilang tidak berganti* *Bagai terbawa separuh diri* *Bersama pergimu yang tak kembali* Mungkin ada di antara anda yang mengenali Cikgu Yusoff. Beliau ialah seorang guru yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah di Ipoh. Seorang bapa kepada lima orang anak dan datuk kepada 14 orang cucu, secara keseluruhannya beliau adalah seorang yang sangat dihormati. "Beliau mengajar saya banyak perkara dan saya boleh mendengar semua cerita beliau yang penuh dengan kata-kata hikmah dan kebijaksanaannya sepanjang hari. Kreativitinya dalam kerja kayu, kaligrafi, lukisan dan penulisan memberi saya inspirasi untuk sentiasa berekspresi tanpa merisaukan pandangan orang lain terhadapnya" "Terlalu banyak yang beliau ajarkan, kecuali tentang bagaimana untuk terus hidup tanpanya. Untuk itu, mungkin kami perlu belajar sendiri, tetapi kami tak akan pernah dapat melupakan beliau"
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.