
Zulkifli Bahauddin
Meninggal dunia pada 20 Jun 2020
Zulkifli Bahauddin
- Tarikh Kematian
- 20 Jun 2020
- Tempat
- Kuala Lumpur
Mengenai Zulkifli Bahauddin
Zulkifli Bahauddin, 55, meninggal dunia pada 20 Jun 2021. Beliau seorang suami yang setia selama 30 tahun dan bapa kepada tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Anak perempuan tunggalnya, Ameera Syahidah berkongsi: Ayah saya seorang yang suka makanan dan minuman manis, seperti saya. Apabila kami keluar untuk bersarapan, kami akan memesan minuman yang sama - teh tarik. Perbualan kami semasa sarapan bersama adalah momen yang paling saya hargai bersamanya. Ayah mempunyai seorang cucu, Indah, dan beliau amat mememanjakan cucunya. Beliau seorang yang saya amat sanjungi. Beliau kuat semangat dan tidak pernah berputus asa, tidak kira betapa sukar keadaan hidupnya. Iparnya semua menganggapnya sebagai abang sendiri. Ini menunjukkan betapa baiknya beliau kepada orang sekelilingnya. Kehilangan beliau adalah tragedi yang paling besar melanda keluarga kami. Namun, betapa susahnya hidup kami tanpanya, saya pasti Ayah tidak lagi dalam kesakitan dan sedang berehat di sana. Berehatlah, Ayah. Sampai jumpa lagi.
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.