
Nazrul Ahmad Zoheri
Meninggal dunia pada 31 Ogos 2021
Nazrul Ahmad Zoheri
- Tarikh Kematian
- 31 Ogos 2021
- Tempat
- Selangor
Mengenai Nazrul Ahmad Zoheri
Nazrul Ahmad Zoheri, 29, meninggal dunia pada 31 Ogos 2021. Beliau mempunyai empat orang anak, manakala isteri beliau hamil enam bulan ketika kematiannya. Beliau bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di Huawei, Pavilion Kuala Lumpur dan kerja separuh masa sebagai penghantar makanan GrabFood.
Sentiasa dalam kenangan
Ewan | Kawan
Kawan yang baik dan ramah. Mudah didekati dan budiman orangnya. Semoga kau tenang di sana, Naz. Kita janji nak lepak tapi kau pergi dulu. Moga kita boleh lepak di sana nanti ya.Faiqah | A friend
May Allah grant u Jannah dear. You have a big heart bro. Gonna remember you. Thank you for everything.Zani | A friend
I know that we're not that closed, yet we clicked to each other aite... Surely gonna miss u brah... May Allah blessed ur soul...Nissa | Wife
Bie seorang suami yg sgt2 penyabar.. sgt menyayangi dan sentiasa utamakan keluarga.. gemar suap makan anak anak.. seorang yang tak pernah lokek bersedekah walau sendiri kekurangan duit.. kuat berusaha mencari rezeki dan sentiasa bersangka baik dgn orang.. sesungguhnya tiada ganti bie.. anak anak sangat merindukan bie.. walau jasad bie dah tak ada.. bie tetap hidup dalam hati kami semua.. " Innalillahi wainnailaihi rojiun, allahumagfirlahu warhamhu waafihi waafuanhu" “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya, hormatilah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya, bersihkanlah dia dengan air salji dan embun. Bersihkanlah dia daripada segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih daripada segala kotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumah yang dahulu, dan gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu, dan peliharalah (hindarkanlah) dia daripada seksa kubur, dan azab api neraka.” Aamiin Ya Allah Ya Mujibhana | sis
Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah swt.. al-fatihah