
郑佩施/ Cheng Pei See
Meninggal dunia pada 9 Ogos 2021
郑佩施/ Cheng Pei See
- Tarikh Kematian
- 9 Ogos 2021
- Tempat
- Kuala Lumpur
Mengenai 郑佩施/ Cheng Pei See
Cheng Pei See, 42, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2021. Adik beliau, Sunni Cheng, berkongsi: Kakak saya, Cheng Pei See ialah individu yang sering mengingatkan kami mengikut semua peraturan dan SOP untuk mengelakkan jangkitan Covid-19. Tanpa dijangka, beliau sendiri dijangkiti virus tersebut pada 13 Julai 2021 dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada 21 Julai. Keadaan beliau merosot daripada tahap 4 ke 5 dan pada jam 3.57 pagi, 29 Julai beliau ditempatkan di unit rawatan rapi. Pihak hospital sedaya upaya untuk menyelamatkan beliau tetapi beliau 'pergi' pada 9 Ogos 2021. Amat sukar untuk kami menjalani liku-liku kehidupan tanpanya. Bagaimanapun, senyumanya, makanan kegemarannya dan segala masa yang kami luangkan bersama sekeluarga kekal dalam ingatan.
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.