
Logeswaran A/L Vijayan
Meninggal dunia pada 25 Julai 2021
Logeswaran A/L Vijayan
- Tarikh Kematian
- 25 Julai 2021
- Tempat
- Selangor
Mengenai Logeswaran A/L Vijayan
Logeswaran a/l Vijayan, 41, meninggal dunia jam 9.59 pagi pada 25 Julai 2021. Beliau yang bekerja sebagai pemandu lori turut menderita penyakit kegagalan buah pinggang dan terpaksa menjalani dialisis. Sehingga beliau disahkan positif Covid-19, beliau masih bekerja seperti biasa. Apabila beliau dimasukkan ke wad, kami yakin beliau akan berjaya bertahan, seperti beliau bertahan dengan penyakit buah pinggangnya. Kali terakhir ahli keluarga melihatnya sebelum masuk ke Hospital Serdang, beliau mengalami sedikit demam tapi kelihatan sihat. Beliau mempunyai dua orang anak lelaki - Sharvin, 16 dan Avinash, 14. Sehingga hari ini, anak-anaknya masih sukar menerima kenyataan dan berkata bapa mereka sedang bekerja dan belum pulang ke rumah. "Saya masih ingat saat mendapat panggilan telefon daripada hospital memaklumkan abang saya meninggal dunia. Pihak hospital maklumkan satu jam sebelum itu, beliau sihat dan berjalan seperti biasa. "Saya pula sebenarnya memang berhasrat untuk ke hospital menghantar makanan kepadanya, tiba-tiba begini jadinya. Kami tak dapat peluang mengucapkan selamat tinggal. "Saya berharap saya dapat satu peluang untuk berpesan supaya jangan risau, saya akan sentiasa jaga keluarga beliau."
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.