
V Sivalingam
Meninggal dunia pada 7 Ogos 2021
V Sivalingam
- Tarikh Kematian
- 7 Ogos 2021
- Tempat
- Selangor
Mengenai V Sivalingam
Bekas ahli psikologi sukan di Institut Sukan Negara, V Sivalingam meninggal dunia pada 7 Ogos 2021 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Beliau yang juga seorang Grand Master di bawah Persekutuan Taekwando Antarabangsa (ITF) turut menderita ALS, satu penyakit gangguan sistem saraf yang kebiasaannya menyerang sel-sel saraf otak dan tulang belakang. Sivalingam memenangi pingat emas Kejuaraan Taekwondo Dunia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1990 (Montreal), 1992 (Pyongyang) dan 1994 (Kuala Terengganu). Pengamal yoga itu turut bertanggungjawab menubuhkan beberapa buah pusat yoga dan taekwando di sekitar Lembah Klang. ITF Malaysia dalam kenyataannya menyifatkan pemergian mendiang ialah satu kehilangan besar kepada negara dan mendiang insan yang sangat istimewa dalam dunia taekwando Malaysia.
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.