Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Condolences message for Muhammad Safwan Abdullah @ Musek. He is pictured wearing a uniform.

Muhammad Safwan Abdullah @Musek Ranyaw

Meninggal dunia pada 26 Februari 2021

Muhammad Safwan Abdullah @Musek Ranyaw

Tarikh Kematian
26 Februari 2021
Tempat
Sarawak

Mengenai Muhammad Safwan Abdullah @Musek Ranyaw

Muhammad Safwan Abdullah @Musek Ranyaw, 54, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Nyabau, Bintulu pada 26 Februari 2021. Beliau bertarung nyawa dalam unit rawatan rapi (ICU) selama 11 hari setelah disahkan positif Covid-19. Semasa ditidurkan, pihak hospital memberi peluang terakhir kepada ahli keluarga untuk membuat panggilan video. Selang 5 hari selepas itu, beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.13 pagi hari Jumaat dan keluarga dikhabarkan oleh pihak hospital melalui panggilan telefon. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kemunting, Bintulu pada pagi hari yang sama. Berita kematiannya dihebahkan di Facebook Jabatan Pendidikan Sarawak. Beliau meninggalkan seorang balu dan 7 orang anak. "Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Al-Fatihah."

Sentiasa dalam kenangan

  • AFENDI BIN SOON

    Semoga rohnya dicucuri rahmat Dan ditempat kan bersama org2 beriman di syurga
  • Nor-Ain Bt Mohamad Yusuf | Rakan kerja/sahabat/Group Run PPD

    Semoga segala amal kebajikan arwah ditinggikan darjat oleh Allah SWT. Seorang rakan/sahabat yang dikenali sejak sekian lama. Lemah lembut & sederhana dalam tutur kata, pergaulan serta tidak lokek dengan senyuman. Tenanglh di sana wahai sahabat...InshaAllah sentiasa diingati.
  • Azmina Safwan | Anak

    Terima kasih abah kerana telah membesarkan kami adik beradik. You are one of a kind and can't be replace by anyone. Segala kenangan terindah bersama akan kekal selamanya di ingatan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.
  • liza man | Sahabat sekerja

    Semoga rohnya di cucuri rahmat . Terima kasih di atas segala tunjuk ajar tuan.
  • Liza Man | Sahabat sekerja

    Semoga roh Tuan tenang disana. Segala tunjuk ajar tuan tidak dilupa.Terima kasih Tuan.
  • Sabry Bin Mohamad Sarip | Rakan sekerja

    Cikgu Safwan seorang yang rajin... Seorang yang kuat bekerja.... Hilangnya sebuah permata pendidikan yang amat berharga... Salam takziah kepada keluarga beliau... Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...
  • Awang Ali Awang Ahmad | Sahabat sekerja

    Semoga Allah gantikan pahala atas usaha dalam membangun pendidikan anak bangsa. Sahabat tangis dan tawa sepanjang berkhidmat di PKG & PTPB.

Kongsi kata-kata penghormatan