Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Rasol Lias, Meninggal dunia pada 7 Julai 2021.

Rasol Lias

Meninggal dunia pada 7 Julai 2021

Rasol Lias

Tarikh Kematian
7 Julai 2021
Tempat
Putrajaya

Mengenai Rasol Lias

Rasol Lias, 71, meninggal dunia jam 9.47 pagi pada 7 Julai 2021. Beliau dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 5 Julai 2021 selepas disahkan positif Covid-19. Beliau yang lebih mesra dipanggil Wak Dol atau Pak Dol ialah seorang yang sangat dikenali penduduk setempat kerana sikapnya yang suka membantu orang lain. Beliau lahir dan membesar di Melaka dan tinggal di Kampung Sebatu, Sungai Rambai. Beliau meninggalkan isteri, Jaharah Ismail dan lima orang anak disifatkan seorang bapa yang sangat penyayang kepada anak-anak dan saudara-mara. Dalam catatan anak perempuannya, "Ayah, nama ayah akan selalu ada dalam doa adik! Dalam doa ibu, along, angah, uda, ateh. Terima kasih membesarkan kami adik beradik. Kami sayang ayah. Al fatihah ayah". "Mohon doakan kesejahteraan arwah dan dipermudahkan urusannya di alam seterusnya. Semoga Allah tempatkan beliau bersama-sama orang yang soleh, ampunkan dosa-dosanya dan tempatkan beliau di syurga firdaus. Kami rindu ayah."

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan