
Balu Perumal
Meninggal dunia pada 6 Ogos 2021
Balu Perumal
- Tarikh Kematian
- 6 Ogos 2021
- Tempat
- Negeri Sembilan
Mengenai Balu Perumal
Balu Perumal meninggal dunia pada 6 Ogos 2021. Nama Balu Perumal adalah tidak asing dalam kalangan aktivis dan pencinta alam sekitar. Beliau ialah Ketua Konservasi dalam Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan mempunyai 30 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan sumber alam semulajadi di Malaysia serta di rantau ASEAN. Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Ahmad Aismail memaklumkan mendiang banyak menyumbang kepada pelbagai projek pemuliharaan alam sekitar. Mendiang juga aktif dalam mendidik orang awam mengenai kepentingan perlindungan haiwan liar dan terancam di samping bekerjasama dengan komuniti setempat. Sebagai rakan sekerja, beliau menyifatkan mendiang sebagai seorang yang sentiasa tenang dan mendedikasikan hidupnya kepada pemuliharaan alam sekitar, tetapi sentiasa memanfaatkan masa lapangnya bersama anak-anak. "Kami akan sentiasa mengingati beliau sebagai seorang yang sangat baik, seorang rakan sekerja, mentor, guru, dan ahli pasukan yang hebat. Beliau sangat bersungguh-sungguh terhadap pekerjaannya, sama seperti cintanya terhadap alam sekitar."
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.