
Nur Zaheerah Zainuddin
Meninggal dunia pada 17 September 2021
Nur Zaheerah Zainuddin
- Tarikh Kematian
- 17 September 2021
- Tempat
- Perak
Mengenai Nur Zaheerah Zainuddin
Nur Zaheerah Zainuddin, 24, meninggal dunia jam 1.10 pagi pada 17 September 2021. "Beliau ialah anak sulung dari enam adik-beradik dan amat disayangi ahli keluarga dan rakan-rakan kerana beliau seorang yang ringan tulang dan membantu sesiapa yang memerlukan. "Walaupun masih muda dan belum bekerja sepenuh masa, beliau seorang yang rajin dan pandai menambah pendapatan secara sambilan. "Beliau menjadi jurusolek sambilan dan mengambil upah menyolek rakan-rakan dan sepupu yang memerlukan solekan untuk majlis-majlis mereka. "Beliau juga seorang anak yang taat dan sentiasa mengambil berat hal-hal keluarga. "Kehilangannya amat dirasai oleh kami terutama apabila kedai makan keluarga akan dibuka semula tidak lama lagi kerana beliau ialah tukang masak bagi makanan ala-carte yang disediakan di Kedai Kopi Sechewan, Simpang Pulai, Perak. "Hilang sudah tempat kami bergantung harap untuk membantu menjaga ibu atau opah yang uzur apabila perlukan pengganti sementara. "Semoga Eah (panggilan manja) tenang di sana dan tempatkan di kalangan para syuhada."
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.