Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Dr Anthonysamy Savarinathan. An elderly man with thinning grey hair and rimless glasses, stands smiling with his hands in his trouser pockets. He is wearing a short-sleeved button down shirt.

Anthonysamy Savarinathan

Meninggal dunia pada 29 Mei 2021

Anthonysamy Savarinathan

Tarikh Kematian
29 Mei 2021
Tempat
Selangor

Mengenai Anthonysamy Savarinathan

Anthonysamy Savarinathan meninggal dunia pada 29 Mei 2021 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Beliau ialah seorang doktor yang terkenal dalam memberi rawatan percuma kepada pesakit yang kurang berkemampuan dan terpinggir termasuk komuniti pelarian etnik Chin dari Myanmar serta gelandangan. Keluarga dan orang di sekelilingnya menggambarkan mendiang sebagai seorang yang sentiasa tersenyum, sopan, empati dan mengambil berat. Beliau menawarkan khidmatnya di Klinik Anthony, Hulu Kelang dan dianggap sebagai antara tunggak utama bagi Persatuan Doktor-Doktor Katholik Malaysia dan komuniti setempat. Menurut doktor yang merawat beliau di PPUM, mendiang Anthony ialah salah seorang pesakit mereka yang terbaik. Meskipun dalam situasi pernafasan yang semakin terbatas, beliau sentiasa cuba untuk tersenyum dan bekerjasama dengan pasukan perubatan. Sebelum meninggal dunia, beliau juga sempat menghantar mesej kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat mengucapkan terima kasih atas perhubungan yang baik sepanjang mengenalinya. Beliau meninggalkan seorang isteri, Patricia dan dua orang anak.

Sentiasa dalam kenangan

  • JT | Patient

    Dr Anthony, you were my go-to doctor since I was a small kid. You took care of my sore throat, fever, stomachache and fish bone stuck in my throat with friendly smile and an assurance that everything will be fine. It was a shock to hear that you passed away. Rest in peace, Dr Anthony. With God's grace, we'll meet again someday.
  • Lisa

    Uncle Anthonysamy, no amount of words are enough to thank you for assisting the underprivileged. We owe you so much. Your selflessmess will be evident in generations to come, in families and communities all around Malaysia. We celebrate your legacy. We remember your name. Thank you. Rest in peace.

Kongsi kata-kata penghormatan