Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Maznah Dollah, Meninggal dunia pada 16 Ogos 2021.

Maznah Dollah

Meninggal dunia pada 16 Ogos 2021

Maznah Dollah

Tarikh Kematian
16 Ogos 2021

Mengenai Maznah Dollah

Maznah Dollah, 52, meninggal dunia pada 16 Ogos, 2021. Beliau seorang dari tiga adik-beradik yang maut Covid-19 dalam jangka dua hari, termasuk Piah, 66, dan Zainiah, 48. Anak saudaranya, Mohd Nazrin Asim, 28, juga maut akibat Covid-19 beberapa minggu kemudian. Kehilangan ramai ahli keluarga dalam jangka masa yang pendek amat memedihkan buat keluarga ini. Tiga adik-beradik yang maut tersebut adalah tiga dari 13 adik-beradik. Ibu mereka, Puteh Endot, 87, berkongsi dengan Harian Metro: "Namun saya reda dengan apa yang berlaku kerana setiap kejadian ada rahmat dan anugerah daripada Pencipta yang tidak diketahui. "Hanya doa untuk keempat-empat mereka. Mereka semua berada dalam keadaan sihat namun takdir Allah tidak dapat diatasi. "Apapun, saya bersyukur kerana urusan pengebumian mereka di lokasi berbeza sudah selamat walaupun tidak dapat diuruskan seperti jenazah biasa. Malah anak-anak lain, menantu dan cucu yang juga positif Covid-19 sebelum ini juga sudah pulih serta selesai menjalani kuarantin,"

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan