
Safri Muhamad
Meninggal dunia pada 14 September 2021
Safri Muhamad
- Tarikh Kematian
- 14 September 2021
- Tempat
- Johor
Mengenai Safri Muhamad
Safri Muhamad, 50, meninggal dunia jam 7.15 pagi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada September 14 2021 setelah ditidurkan selama 36 jam berikutan kesihatannya semakin merosot. Beliau yang bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah pasar raya mempunyai sejarah penyakit asma dan hanya sempat menerima dos pertama vaksin. Beliau meninggalkan isteri, Munirah Mamat yang baru mendirikan rumah tangga selama 47 hari. Menurut isterinya, mereka hanya sempat melayari kebahagiaan berumah tangga lima hari sebelum suaminya terpaksa pulang ke Johor atas urusan kerja. Beliau disifatkan sebagai suami yang bertanggungjawab dan penyayang.
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.