Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Rahimah dressed in white, poses with a smile while making a heart shape with her fingers

Rahimah Rashid

Meninggal dunia pada 3 Ogos 2021

Rahimah Rashid

Tarikh Kematian
3 Ogos 2021
Tempat
Selangor

Mengenai Rahimah Rashid

Rahimah Rashid, 46, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) jam 10.30 malam pada 3 Ogos 2021. Beliau ditempatkan di wad kecemasan HTAR dari 30 Julai hingga 3 Ogos 2021. Pada jam 1:30 petang, keluarga beliau mendapat berita bahawa kesihatan beliau beransur pulih. Bagaimanapun. ajal menjemput beliau jam 10.30 malam tanpa sempat keluarganya mengucapkan kata-kata rindu. Beliau seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapa, ibu yang penyayang kepada tiga orang anak berusia 11, 21 dan 23 tahun, kakak yang baik kepada tiga adik-beradiknya dan juga isteri yang terbaik buat suaminya. Ahli keluarga beliau berkongsi: "Pergimu terlalu mengejutkan. Terlalu singkat masa kita bersama. Terima kasih untuk segalanya. Berehatlah di syurga yang abadi. Hanya kebaikan dan kenangan bersamamu menjadi pengubat rindu kami di dunia ini. Kelak, kami juga akan mengikuti jejakmu."

Sentiasa dalam kenangan

  • Chek

    Aku rindu. Rindu segalanya. Terima kasih utk 31 tahun 11 hari kita bersama. Kau menjaga aku tanpa lelah. Tiada satu saat pun aku tidak rindukan kau. Aku masih belajar utk redha dgn perpisahan ini. Rindu kau. 🤍 semoga kita akan bersama di Syurga yang abadi.

Kongsi kata-kata penghormatan