Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Ng King Hu, smiles in front of a cake which has a single lit candle, a durian replica and the words 'Daddy'.

黄进秀/ Ng King Hu

Meninggal dunia pada 28 Julai 2021

黄进秀/ Ng King Hu

Tarikh Kematian
28 Julai 2021
Tempat
Kuala Lumpur

Mengenai 黄进秀/ Ng King Hu

Ng King Hu, 60, meninggal dunia jam 12.07 pagi pada 28 Julai 2021. Anaknya berkongsi: "Covid-19 meragut nyawa ayah saya. 7 Julai: Terdapat seorang yang dijangkiti Covid-19 di pasar tempat bapa saya bekerja, maka kami segera membawanya untuk ujian saringan. Pada ketika itu saringan adalah negatif. 10 Julai: Terdapat seorang dijangkiti Covid-19 di tempat kerja ibu saya, maka dia juga menjalani saringan Covid-19 dan keputusan adalah negatif. 12 Julai: Bapa saya mula rasa tidak sihat. Dia demam dan sakit pada sendi tapi tidak mahu berjumpa doktor. 13 Julai: Bapa saya berjumpa doktor kerana masih lagi berasa tidak sihat. Pada masa yang sama, dua adik-beradik saya mula menunjukkan simptom. Salah seorang mereka disahkan positif Covid-19. Pada masa itu, bapa saya juga mempunyai simptom susah bernafas. Tetapi beliau tidak ke hospital kerana beliau tahu hospital amat sesak pada waktu itu. 14 Julai: Keadaan bapa saya beransur pulih setelah beliau mengambil ubat herba yang dibekalkan rakannya. Pada masa yang sama adik saya mula demam, batuk dan muntah. Ini merisaukan bapa kami. 15 Julai: Keadaan bapa saya mula merosot dengan tiba-tiba, walaupun dia masih mengambil ubat herba tersebut. Paras oksigennya turun ke 88-89%. Oleh kerana tiada kesedaran tentang perkara ini, kami tidak mengambil serious dan tidak menghantarnya ke hospital. 16 Julai: Keadaan bapa saya merosot ke paras yang parah sehinggakan beliau susah bernafas walaupun hanya berjalan ke dapur. Kami risau jika dia ke hospital dia tidak akan mendapat rawatan yang sewajarnya kerana beliau tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia. Jadi kami tidak menghantarnya ke hospital. 17 Julai: Keadaan bapa saya semakin mereosot dan kami membuat keputusan menghantarnya ke hospital pada hari esok. 18 Julai: Kami dapati bahawa kadar oksigen bapa saya jatuh ke 60-70 peratus. Kami serta-merta menghubungi hospital supaya dia boleh diwadkan tetapi pihak hospital memberitahu kami bahawa keadaan di hospital sangat sesak. Mereka memaklumkan bahawa pesakit yang mempunyai potensi sembuh yang rendah tidak akan didahulukan kerana mereka ingin menggunakan sumber untuk menyelamatkan seramai pesakit yang boleh. Setelah berbincang sekeluarga, kami membuat keputusan untuk tidak menghantar bapa kami ke hospital. Tetapi setelah dipujuk rayu oleh rakan-rakan bapa, kami menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur. Pada masa itu, paras oksigennya hanya 28 peratus. Tetapi, pada 10 malam, paras oksigennya naik ke 70-80%. 19 Julai: Bapa saya ditempatkan ke unit rawatan rapi dan paras oksigennya semakin meningkat ke 92%. 20 Julai: Bapa saya diberi bantuan pernafasan (intubated). 27 Julai: Bapa saya mengalami serangan jantung dan buah pinggang. Kami melihatnya untuk kami terakhir melalui panggilan video. Kadar oksigennya jatuh ke 15-18%. 28 Julai: Bapa saya meninggal dunia pada lebih kurang 12 tengah malam. Keluarga kami amat merindui dan menyayanginya. Kami rindu bergurau dengannya, menyapanya apabila dia pulang dari kerja dan ucapan 'selamat pagi' yang dihantarnya setiap pagi di telefon. Kalaulah saya berpeluang, saya ingin memberitahunya supaya tidak risaukan saya dan adik-adik. Kami akan jaga diri sendiri dan juga menjaga ibu kami.

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan