Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Abd Khalid sitting amongst his friends at a function

Abd Khalid Menan

Meninggal dunia pada 8 September 2021

Abd Khalid Menan

Tarikh Kematian
8 September 2021

Mengenai Abd Khalid Menan

Abd Khalid Menan, meninggal dunia jam 10.30 malam pada 8 September 2021. Beliau disahkan menghidap Covid-19 dan ditidurkan pada petang September 8 selepas keadaannya semakin kritikal sebelum menghembuskan nafas yang terakhir pada malam itu. Beliau seorang tentera yang gemar bermain sofbol dan salah seorang ahli kelab Sofbol Reds. Beliau disifatkan seorang yang baik budi pekerti, bertanggungjawab dan bertutur dengan lemah lembut. Beliau membuat banyak kebaikan sepanjang kehidupannya. Rakan kelab sofbol berkongsi: "Sekarang kau sudah tiada Khalid, Allah lebih menyayangimu. Semoga rohmu dicucuri rahmat Allah dan dikurniakan darjat tertinggi di sisi Dia. Selamat tinggal sahabat, tunggu kami di sana. Al Fatihah."

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan