
Mior Fareez Wan Ramli
Meninggal dunia pada 28 September 2021
Mior Fareez Wan Ramli
- Tarikh Kematian
- 28 September 2021
- Tempat
- Selangor
Mengenai Mior Fareez Wan Ramli
Mior Fareez Wan Ramli, 39, meninggal dunia di Hospital Serdang jam 4.13 petang pada 28 September 2021 selepas 10 hari melawan Covid-19. Beliau ialah pelakon dan juga pengasas jenama perisa vape 'The Maha Karya'. Rakannya, Amir Idris berkongsi: "Saya mengenali arwah sejak beliau tingkatan 1, seorang budak yang rajin solat jemaah, membaca Quran, tidak pernah ponteng usrah. "Sentiasa rajin membeli kaset-kaset kuliah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz, malah kami kerap 'fly' pagar asrama setiap Jumaat untuk menghadiri kuliah Tok Guru di tengah bandar Kota Bharu. "Saya masuk Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 1999. Arwah kemudian masuk UIA pada tahun 2000. Persahabatan kami kekal berdekad, malah kami sempat berbual telefon pada 28 Ogos yang lalu. Allahu, tidakku sangka itulah perbualan kami yang terakhir. "Saat menulis posting ini juga, saya akui tidak mampu menahan airmata. Moga beroleh pahala syahid adikku, sahabatku."
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.