
Ellonie bt Adis
Meninggal dunia pada 26 April 2021
Ellonie bt Adis
- Tarikh Kematian
- 26 April 2021
- Tempat
- Sarawak
Mengenai Ellonie bt Adis
Ellonie bt Adis, 81, meningga dunia di Hospital Umum Sarawak, pada 26 April, 2021 jam 10 malam. Cucunya, Dania Batrisya Puteri, berkongsi: "Nenek saya seorang yang bersemangat dan tegas. "Beliau selalu ingat untuk meminta maaf kepada kami jika beliau rasa membebani kami, dan beliau akan meminta maaf pada kami setiap malam sebelum tidur. "Nenek saya termasuk dalam rutin harian saya sepanjang hidup saya. Beliau merupakan 'rumah' saya. "Nenek saya amat rapat dengan datuk, walaupun mereka sering bertengkar 😂. Kini saya tidak lagi dapat mendengar mereka bertikam lidah 💔. "Datuk saya meninggalkan kami 12 hari selepas nenek. Mungkin mereka akan berjumpa di syurga."
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.