
Ahmad Mohd Nor
Meninggal dunia pada 15 September 2021
Ahmad Mohd Nor
- Tarikh Kematian
- 15 September 2021
- Tempat
- Kedah
Mengenai Ahmad Mohd Nor
Ahmad Mohd Nor, 96, meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang, Kedah jam 12.57 tengah malam pada 15 September 2021. Beliau yang dilahirkan di Kampung Tanjung, Mukim Padang Terap ini meninggalkan isteri, Wan Salehah Wan Ibrahim, 83 dan lapan anak. Beliau yang dikenali sebagai Tok Guru Pak Teh Mad dan seorang ulama terkenal ini juga pengasas sekolah agama, Pondok Ahmadiah pada tahun 1961 serta Maktab Mahmud Padang Terap. Allahyarham mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Padang Terap; Madrasah Sa'adatun Daroian, Merbok; Pondok Pulau Rotan, Nako Nambua; Madrasah Al-Islamiah, Gajah Mati dan Madrasah Soulatiyyah, Makkah. Antara gurunya ialah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok (Pondok Merbok), Tok Mogoi (Pondok Mogoi), Tuan Guru Pak Chu Him iaitu ayah mertuanya (Pondok Gajah Mati) dan Pak Da Eil Makkah. Menurut Berita Harian, pemergian beliau disifatkan kehilangan besar dalam institusi keagamaan. Muridnya, Mohd Najib Ghazali, yang tinggal dan belajar di Pondok Ahmadiah sejak berumur tujuh tahun berkata, gurunya iyu tidak pernah mengeluh ketika diuji mahupun ketika sakit sehingga orang yang menjaganya tidak merasa tertekan atau susah. Beliau juga sering menasihatkan saya supaya tidak sombong dan sentiasa merendah diri, Allahyarham seorang yang sangat penyayang termasuklah kepada haiwan,
Sentiasa dalam kenangan
Mohd Azizi | Student
Semoga Allah merahmati, menerima segala amalan solehnya. Ditempatkan dikalangan orang-orang yg soleh. Terima kasih atas ilmu yg tuan guru curahkan. Hanya Allah yg dapat membalas jasamu tuan guru. Allahuakbar.sadiq
semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman