
Salwani Latiff
Meninggal dunia pada 7 Julai 2021
Salwani Latiff
- Tarikh Kematian
- 7 Julai 2021
- Tempat
- Selangor
Mengenai Salwani Latiff
Salwani Latiff, 36, meningggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 7 Julai, 2021, jam 3 pagi. Beliau seorang anak, adik dan rakan. Sebelum ditidurkan, Salwani berpesan pada kakaknya Suriati agar menjaga ibu mereka, Ramlah Sulong. Ramlah memperingati anaknya Salwani sebagai seorang anak yang penyayang. Walaupun mereka tidak tinggal sebumbung, Salwani sering berinteraksi dengan ibunya dan menefon empat kali sehari - pagi sebelum kerja, tengahari, petang selepas kerja dan sebelum tidur. Beliau belum berkahwin dan menyara ibunya sepenuhnya. Sebelum diwadkad, beliau sempat menghantar ibunya cecair pencuci tangan dan pelitup muka, serta memesan agar ibunya tidak keluar rumah untuk mengelakkan jangkitan Covid-19. Menurut Ramlah, Salwani amat berjaga-jaga akan hal tersebut, tapi malangnya dijangkiti apabila mempunyai kontak dengan rakan sekerjanya.
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.