Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Christine Chay Jin Yen poses at a eatery. She has brown hair.

谢晶燕(Christine Chay Jin Yen)

Meninggal dunia pada 31 Julai 2021

谢晶燕(Christine Chay Jin Yen)

Tarikh Kematian
31 Julai 2021
Tempat
Kuala Lumpur

Mengenai 谢晶燕(Christine Chay Jin Yen)

Christine Chay Jin Yen, 45, meninggal dunia pada 31 Julai, 2021, jam 8.55 pagi. Adiknya berkongsi: "7 Julai: Kakak menerima dose pertama vakskin Covid-19. Pada hari esok, dia mula demam dan selsema. Pada mulanya, dia fikirkan ini kesan sampingan vaksin. "13 Julai: Selepas beberapa hari mengalami demam panas, kakak menjalani saringan Covid-19. "14 Julai: Keputusan saringan mengesahkan kakak positif Covid-19. "15 Julai: Kakak mengalami sesak nafas dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan. Keadaannya beransur pulih untuk satu atau dua hari, sebelum kian merudum. "23 Julai: Imbasan CT menunjukkan kakak mengalami radang paru-paru yang teruk. Pada ketika itu 50% dari paru-parunya telah rosak. "26 Julai: 75 peratus paru-parunya rosak. "28 Julai: Selepas jam 6 pagi, doktor membuat keputusan untuk menidurkannya kerana kadar oksigen kakak turun ke bawah 80 selama dua kali dalam masa tiga hari. Setalah dia ditidurkan, kadar oksigen naik ke 80 tapi tidak melangkau tahap itu seperti yang diharapkan. Kata doktor, situasi tidak cerah. "30 Julai: Selepas tiga hari ditidurkan, kadar oksigen kakak jatuh ke lebih kurang 40. Doktor memberitahu abang iparnya untuk bersedia untuk apa-apa kemungkinan. Kakak mungkin mengalami kematian otak atau kegagalan organ. "31 Julai: Kakak meninggal dunia pada 8.55 pagi. "Walaupun akhirnya tewas, dia bertarung dengan kuat. "Ini kali kedua kakak bertarung dengan penyakit. Sebelum ini beliau mengalai kanser nasopharyngeal carcinoma tahap 3, pada tahun 2013. "Dia menjalani terlalu banyak sesi terapi elektro dan kimoterapi, sehingga tidak dapat dikira, dan dibebani kos rawatan yang tinggi. "Dia tetap kuat dan berjaya menghadapi semua cabarannya. Semasa dia diwadkan di hospital, keluarga dan rakan-rakannya semua memberi sokongan yang padu. "Kakak merupakan seorang jurujual selama 23 tahun. Beberapa minggu sebelum disahkan positif Covid-19, beliau memberitahu ibu kami bahawa dia ingin bersara awal. Namun dia tidak sempat bersara, kerana sebelum vaksin mula berkesan, beliau telah dijangkiti. "Suami dan anak kakak juga dijangkiti tapi kian sembuh. "Kakak saya anak kedua dari lima adik-beradik. Dia mempunyai seorang abang, dua orang adik lelaki dan saya, adik perempuan bongsu. "Kakak seorang yang pemurah dan sentiasa belanja tetamunya selagi mampu. Dia tak pernah berkita dangan kawan dan keluarga. "Bekerja di sebuah farmasi mengajar kakak selok belok dunia perubatan dan kesihatan. Apabila ada seorang ahli keluarga yang sakit atau cedera, kakak akan menjadi perunding kesihatan yang akan menemani kami apabila berjumpa doktor. Dia akan cuba memahami keadaan kami, memeriksa ubat yang diberi doktor dan mengesyorkan apa-apa suplemen yang sesuai. "Kakak, terima kasih kerana menyayangi saya selama ini, membantu saya bila saya memerlukannya, memujuk saya bila saya tidak senang hati dan belanjakan saya pelbagai jenis makanan. Kenangan manis ini akan saya akan simpan dalam hati selama-lamanya."

Sentiasa dalam kenangan

  • 晶晶

    听到你的离去 觉得伤心愕然 无法接受 美好回忆 像电影那样 一幕幕从脑海的影现出来 感谢你曾经在我人生道路上出现过 . You will be always in my heart n mind my dear friend. Am sure you are at better place now with no more suffer, blessing everyone from up above. May you rest in peace 2 Timothy 4:7 - I have fought the good fight, I have finished the race, I have kept the faith 
  • Michelle | 同学

    难以接受你的离开 真的好突然 愿您能够做个快乐的天使 amen
  • 谢晶晶 | 妹妹

    姐,真的很想念妳。希望妳在天国好好的。

Kongsi kata-kata penghormatan