Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Nik Ruhani binti Nik Mah walking with her husband in Mecca. She is holding his arm. She wears a black arbaya, and a niqab.

Nik Ruhani binti Nik Mah

Meninggal dunia pada 7 Oktober 2021

Nik Ruhani binti Nik Mah

Tarikh Kematian
7 Oktober 2021
Tempat
Kelantan

Mengenai Nik Ruhani binti Nik Mah

Nik Ruhani binti Nik Mah meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kelantan pada 7 Oktober, 2021, jam 8.50 pagi. Beliau diwadkan selama sembilan hari. Beliau seorang isteri dan ibu kepada lapan anak. Suaminya juga dijangkiti Covid-19, namun kian sembuh. Anak perempuannya berkongsi: "Ma memang kuat semangat, buktinya nurse dan doc semua cakap Ma kuat semangat walau oksigen dia makin drop. Walau dah sakit yang teramat, Ma berjuang. Doc dah beri steroid dan segala jenis ubat untuk selamatkan Ma dan kurangkan kesakitan Ma. "Waktu kami video call, Ma cuba tengok kami anak-anak Ma semua berkali-kali walau keadaan Ma ditelangkupkan. Ma penat. Ma penat sangat. "Kami semua minta maaf. Halalkan semua dari hujung rambut ke hujung kaki. Ma cakap Ma redha semua. Takde apa dah. Ma pesan jaga solat, jangan baloh (bergaduh) adik beradik, kena sepakat. Banyakkan sedekah."

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan