Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Romli Saad, Meninggal dunia pada 2 Oktober 2021.

Romli Saad

Meninggal dunia pada 2 Oktober 2021

Romli Saad

Tarikh Kematian
2 Oktober 2021
Tempat
Kedah

Mengenai Romli Saad

Romli Saad, 56, meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sungai Petani, Kedah, pada 2 Oktober, 2021. Beliau meninggal dunia kurang dua bulan selepas isterinya, Normala Mad Desa, 45, maut akibat barah otak. Pasangan ini meninggalkan dua anak remaja - Nur Amanina Hazwani, 15, dan Nur Amera Natasya, 13. Berikutan kematian ibu bapa mereka, mereka berdua tinggal di rumah anak yatim di Perdana Heights, Sungai Petani. Ditemuramah Astro Awani, Nur Amanina berkongsi: "Ayah baik sangat... tak pernah marah, memang baik... macam itu juga mak... mak pun baik, nak pergi ke mana semua bagi kebenaran... nak apa semua bagi... memang rasa kehilangan sangat-sangatlah."

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan