
Raja Rozida Raja Aziz
Meninggal dunia pada 25 Ogos 2021
Raja Rozida Raja Aziz
- Tarikh Kematian
- 25 Ogos 2021
- Tempat
- Negeri Sembilan
Mengenai Raja Rozida Raja Aziz
Raja Rozida Raja Aziz meninggal dunia pada 25 Ogos, 2021, lima hari sebelum harijadinya. Beliau seorang adik, isteri dan ibu saudara yang disayangi. Beliau juga dikenali sebagai Gee. Kakaknya berkongsi: "Semua family, sahabat kenalan betul-betul terkesan atas pemergian kau dan (suami kau) Din😭. "Ada yang hantar mesej WhatsApp beritahu mereka hanya kenal kau melalui Facebook dan Instagram. Ada yang tak kenal langsung, tapi semua orang cerita tentang terkesannya mereka selepas kau pergi, Dik. "Alhamdulillah 🤲 syukur atas kebaikkan, amal jariah, sedekah, kebajikkan menjaga org tua, adik beradik dan sikap yang langsung tak berkira. Kau pergi, rata-rata pujian yang didengar, Dik. "Sebelum kena Covid-19, kau selalu belajar tentang ilmu agama kematian, dan juga semasa arwah penyanyi Siti Sarah meninggal, tak henti-henti kau tulis di media sosial bahawa kau nak meninggal macam Siti Sarah (dalam penuh kepujian). Kau pun meninggal dalam bulan Ogos, sama bulan dgn arwah Siti Sarah dan juga awal lima hari tarikh harijadi kau pada 30 Ogos. "Pada 12 Ogos, kau sempat meyumbang untuk wakaf telaga air di Kemboja. Alhamdulillah sempatlah kau wakafkan utk bekalan di sana🤲. "AlFatihah utk mu juga utk Din yang banyak menolong org keliling, menjaga kebajikan abah dan mak seperti abah mak kandung sendiri. "Bila balik kampung, kau dan Din mesti belikan macam-macam untuk keluarga dan anak-anak buah, sampaikan makanan kucing di kampung pun kau belikan stok setiap bulan. Mulianya hati kedua arwah."
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.