Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Habibah Tairak smiles slightly. She wears an orange headscarf with a brooch.

Habibah Tairak

Meninggal dunia pada 21 Ogos 2021

Habibah Tairak

Tarikh Kematian
21 Ogos 2021
Tempat
Johor

Mengenai Habibah Tairak

Habibah Tairak meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah pada 21 Ogos, 2021, jam 5.30 petang. Beliau merupakan seorang ibu dan isteri yang disayangi. Beliau diperingati sebagai seorang yang peramah dan kuat semangat. Ahli keluarga terdekatnya juga dijangkiti Covid-19 tetapi kian sembuh. Anaknya, Mohamad Azlan Zakaria, berkongsi: Sebelum saya mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum Mak saya Habibah Binti Tairak, posting ini bertujuan menjernihkan keadaan agar lebih jelas. Mudah-mudahan hendakNya. Part 1: Covid-19 dan kisah disebaliknya Arwah mak telah diamanahkan utk mengedarkan borang pendaftaran vaksin. Pelbagai reaksi dari orang-orang kampung dan arwah telah memuatkan di Facebook tentang reaksi orang kampung berkenaan. Dan setelah itu menjadi salah faham di atas posting berkenaan di kalangan sesetengah orang. Sedangkn di posting tersebut tidak mendedahkan identiti mereka yg memberi reaksi menolak vaksin. Part 2: Satu keluarga positif Covid-19 Saya duduk berasingan dengan arwah mak. Di rumah arwah mak, semuanya dijangkiti Covid-19. Puncanya ialah dari adik dan suaminya yang baru balik dari Shah Alam, Selangor. Mereka sendiri tidak tahu mereka positif sehingga mereka sedar yang mereka berdua hilang deria mereka. Sedangkn ketika itu mereka dalam keadaan sihat. Kami semua cuba kekal tenang utk menangani situasi tersebut, namun arwah mak menjadi terlalu risau akan adik dan suamianya dan jugak utk berhadapan dengan tanggapan orang kampung. Dalam keadaan itu, arwah mak dijangkiti Covid-19 dan juga mengalami sakit gastrik yg teruk. Ditambah lagi dengan satu posting laman sosial yg seakan-akan di tuju kepada adik saya yg telah merentas negeri sekaligus menambah tekanan pada arwah mak. Pada asalnya adik saya merentas negeri dari Selangor atas urusan jual beli rumah di Johor Bahru dan menetap sementara di rumah arwah mak. Mereka yang membuat posting media sosial itu tidak tahu, tapi mereka bercerita menambahkan lagi kesulitan pada situasi kami. Kami semua tidak menyalahkan mereka berdua, adik dan suami, kerana kami tahu bahawa Covid-19 ini tidak dapat kita duga dan ianya telah pun menjangkiti mereka semua. Tiada guna saling menyalahkan. Sementara itu, keadaan arwah mak semakin memburuk kerana gastriknya dan hilang selera makan. Adik nombor dua dikuarantin di Hospital Permai. Suaminya dan dua orang adik lelaki di hantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Pasir Gudang. Manakala arwah mak dikejarkan ke Hospital Pontian, dan seterusnya terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana tahap oksigen yang membimbangkan. Adik nombor tiga juga terkesan Covid-19 sehingga mengalami sesak nafas, lalu dikejarkn ke Hospital Pontian namun keadaan kian stabil. Part 3 : Arwah Mak di HSA. Ringkas cerita, arwah mak di ditidurkan di HSA dari 21 Julai, 2021 kerana kadar oksigen yang rendah dan terpaksa bernafas mengunakan bantuan pernafasan. Sempat juga sebelum arwah ditidurkan, arwah berkata, "Abang (panggilan untuk saya), Mak takut. Abang doakan Mak ye...Mak takut Mak tak jumpa korang semua lagi." Saya dengan hati luluh cuba kuatkan semangat mak untuk terus kuat sebab ramai yang doakan mak dan sayangkan mak. Begitu yang saya membalas kata-kata mak. Pelbagai update dari ICU berkenaan keadaan arwah mak. Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi arwah mak.. 😭. Genap sebulan pada 21 Ogos, 2021, jantung arwah mak berhenti berdegup sebanyak dua kali. Kali pertama, CPR berjaya namun kali kedua jantung mak berhenti, doktor tidak melakukan CPR atas alasan tiada harapan. Sepanjang tempoh arwah mak ditidurkan,kami tahu segala risiko akan berlaku bila-bila masa, saya sering memberi tahu adik-adik dan ahli keluarga supaya bersedia dan reda dari sekarang. Sebulan arwah ditidurkan dengan keadaan yang amat terseksa. Di mulut penuh tube oksigen. Di hidung tiub utk susu (makanan) dan di tangan penuh kesan lebam jarum dicucuk. Allahu, mak sngt terseksa dek Covid-19 ini. Beberapa hari sebelum itu, saya telah dipanggil ke hospital utk tandatangan beberapa borang tanda setuju operation tebuk leher utk salur oksigen arwah mak. Di kesempatan itu Allah SWT memberi peluang melihat keadaan mak. Setelah lamanya arwah di wad ICU, arwah hanya mampu membuka mata, pejam celik. Setelah melihat saya, arwah seakan-akan sedih dan mungkin juga gembira dapat bertemu dengan saya. Pelbagai saya bisikkan pada arwah utk berikan semangat. Sehari setelah itu, ayah pula dapat peluang bertemu arwah mak untuk hantar barang-barang keperluan arwah yg diminta nurse. Percaturan Allah SWT itu sangat indah. Dia pertemukan kami berdua buat kali terakhir semasa hanyat arwah mak masih ada. Hari berganti hari, pada 21 Ogos, 2021 jam lebih kurang 5.30 petang, arwah telah pun menghembus nafasnya yang terakhir. Sungguh, arwah insan yg sangat kuat dan tabah melawan sakitnya. Kerana keadaan arwah telah pun "post-covid" (tidak lagi boleh menjangkiti) kami dapat uruskan segalanya secara uruskan jenazah kematian biasa. Alhamdulillah, ada hikmah di sebalik semua itu. Part 4 : Perjalanan Terakhir Arwah Mak Alhamdulillah. Segala urusan perjalanan terakhir arwah dipermudahkan. Diringi cuaca redup dan hujan yang turun. Sesampai di rumah,hujan berhenti memberi peluang pada ahli keluarga terdekat untuk melihat dan memeluk serta mencium jenazah arwah buat kali terakhir. Selesai solat jenazah, jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Alhamdullilah semuanya mudah. Selesai talkin, hujan kembali turun membasahi bumi dan tanah dikubur arwah mak. Allahu, perjalanan terakhir arwah yang sangat indah. Part 5 : Penutup Arwah mak sangat dikenali kerana sikapnya yg mudah mesra dengan orang dan juga gurau-gurauannya. Oleh itu dalam sedar tak sedar, mungkin telah menguris hati dan juga perasaan seseorang tanpa sedar dan secara tidak langsung telah mencetuskan sedikit salah faham. Saya sebagai anak arwah dan juga waris arwah memohon kemaafan bagi pihak arwah mak saya Habibah Binti Tairak. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Amin."

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan