Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Md Salleh Othman

Md Salleh Othman

Meninggal dunia pada 18 Julai 2021

Md Salleh Othman

Tarikh Kematian
18 Julai 2021
Tempat
Kedah

Mengenai Md Salleh Othman

Md Saleh Othman meninggal dunia di Hospital Sik pada 18 Julai, 2021. Beliau seorang bapa yang disayangi. Beliau diperingati sebagai seorang yang baik hati, suka membantu dan mempunyai semangat kemasyarakatan. Anaknya, Shieta, berkongsi: "Di saat ini ramai ibu ayah yang menadah tangan mengucapkan syukur dengan pengumuman kebenaran pulang ke kampung🤲. Macam-macam perancangan dan persediaan juadah untuk menyambut kepulangan anak cucu bagi menggantikan perayaan yang tak dapat diraikan sebelum ini. Anak cucu diperantauan menjerit keriangan tak sabar untuk pulang dan memeluk cium insan tersayang yang telah lama menanti kepulangan🥰. Penantian ayah saya berakhir pada Julai 18, 2021. Pergimu sebelum sempat kau melepaskan kerinduan buat kami semua🥺. Hari yang kau hitung terhenti disaat hatimu sarat dengan kerinduaan. Pertemuan kita dipisahkan dengn cermin kaca,kami hanya mampu menatap wajahmu tanpa mampu untuk kami sentuh apatah lagi peluk dan cium jasadmu😭😭😭. Sungguh sakit beban kerinduan ini Ya Allah😭😭. Maafkan kami ayah tak dapat jumpa ayah sebelum ayah pergi🥺.Kami yakin perancangan Allah adalah yang sebaiknya..Kami redha dan doa kami sentiasa bersama ayah..Semoga Ayah tenang disana🤲" Anak saudaranya, Faizal berkongsi: Dia bukanlah seorang ketua kampung, malah jauh sekali wakil rakyat, tapi dia lah salah seorang hero dalam hidup aku yang sentiasa mengambil berat terhadap keluargaku. Dia bukanlah hartawan yg berkawad ke setiap sudut negeri memberi bantuan, tapi dialah insan yg tak pernah mengatakan "tidak" apabila pertolongannya diperlukan. Ya, aku terasa kehilangan, insan inilah bila aku balik kampung, bukan aku yang melawat dia. Dia yang datang ke rumah mnyapa aku, bertanya khabar, bertukar pendapat. Malah ada ketika kami sarapan bersama. Kami balik dari Nawa ke KEDA dengan kereta yang tiada lampu di tengah malam gelap gelita. Satu rungutan pun tiada, sebab kluarga kami amat perlukan bantuan dia. Kami tiada kereta dan dia sikit pun tidak tolak permohonan untuk bantuan. Tolong doakan Pak Ngah."

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan