
Haslina Khasim
Meninggal dunia pada 30 September 2021
Haslina Khasim
- Tarikh Kematian
- 30 September 2021
- Tempat
- Pulau Pinang
Mengenai Haslina Khasim
Haslina Khasim meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada 30 September, 2021. Beliau diwadkan selama 15 hari. Beliau seorang anak, isteri dan ibu saudara yang dikasihi. Anak saudaranya, Faiz, berkongsi: "Hati saya sangat tersentuh bila dapat tahu arwah dah tiada. Arwah kuat untuk bertahan di hospital hampir 15 hari melawan Covid 19 tahap 5. Dua minggu sebelum arwah meninggal, arwah maktok tercinta telah pergi terlebih dahulu disebabkan Covid 19 juga dan disusuli arwah ibu saudara saya. "Saya sangat rapat dengan arwah makcik, Haslina Khasim. Beliau ibarat ibu kedua. Hampir enam tahun saya tinggal dengan mereka. Banyak jasannya yang belum terbalas. "Bila saya menjadi perunding Takaful, beliau merupakan orang utama yang sokong saya, walaupun beliau kurang berkemampuan untuk bayar bulanan disebabkan tidak bekerja. Tapi sokongan dan dorongan beliau sangat membantu saya sehingga sekarang. "Justeru saya membuat keputusan untuk mengambil Hibah untuk arwah dan suaminya pada 26 Mac, 2021. Tidak pernah terdetik sedikit pun yang saya akan melakukan "Death Claim" ke atas arwah. Sayu pilu bila membuat claim."
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.