Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Mardziyaton Darus with her only son, Habib.

Mardziyaton Darus

Meninggal dunia pada 24 Ogos 2021

Mardziyaton Darus

Tarikh Kematian
24 Ogos 2021
Tempat
Selangor

Mengenai Mardziyaton Darus

Mardziyaton Darus meninggal dunia pada 24 Ogos, 2021, jam 10.50 malam. Beliau seorang anak, adik, ibu, nenek dan sahabat. Ibunya memperingati beliau sebagai seorang yang baik hati dan pemurah. Ke mana sahaja beliau pergi, jika beliau makan apa-apa yang sedap, beliau akan cuba membawa pulang sedikit untuk dijamah orang tersayang di rumah. Biarkan hanya sekeping biskut. Anak tunggalnya, Habib, berkongsi: Saya bukan hanya kehilangan ibu, tapi sahabat terbaik. Kami bukan sekadar rapat tapi terlalu rapat kerana saya membesar berdua sahaja dengan dia, dari umur tujuh tahun. Hiruk piruk kehidupan, segalanya kami lalui bersama. Sehari kalau tak jumpa atau saya keluar, sekurang-kurangnya lima ke 10 kali pasti akan bercakap di telefon. Maklumlah beliau ibu tunggal, saya pula anak seorang dengan dia. Sampai dah kawin pun saya masih jaga dia dan duduk sekali. Allah temukan saya (dengan isteri) awal supaya Isya dapat mengenali saya dan ibu hingga ke isi hati (12 tahun bercinta). Kerana Allah bakal ambil ibu pada usia saya masih muda. Dan kehilangan ini adalah kehilangan yang besar buat saya. Isya juga sangat rapat dgn ibu. Masa saya masih kecil, umur dua atau tiga tahun, dua perompak datang berbekalkan sebilah parang dan sebilah pisau rambo dan ibu pertahankan saya sampai berparut kulitmu. Dari situ saya kenal, Ibu saya seorang pejuang. Luar dalam kental. Ibu ibarat lilin yang membakar diri demi kebahagiaan orang dan sangat baik dengan orang sekelilingnya. Saat pemergian Ibu semua berduka daripda mereka yang berpengaruh sehinggalah bibik yg pernah berkhidmat dulu, makcik jual nasi lemak, dan seangkatan dengannya. Habib rindukan Ibu. Rindu segalanya, rindu nak buat Ibu ketawa sampai ibu kena pergi toilet tak tahan, buat surprise kat Ibu, belanja Ibu sampai ibu marah minta stop, cium Ibu sampai Ibu rasa rimas, menyakat Ibu. “Sudahla habib.. ya Allah anak aku ni laaa” 😂 Kini segalanya tinggal kenangan, terima kasih, Ibu, atas segala tunjuk ajar yang diberi. Terngiang-ngiang suara dan kerenah ibu. Habib takkan jadi Habib hari ini kalau bukan daripada Ibu yang didik dan besarkan Habib. I love you so much and will always love you. Segala pujian yang habib terima bukan utk Habib, tapi Ibu. Syurga milikmu bondaku." I miss you, Ibu. I miss everything - making you laugh until you needed the toilet, giving you surprises, treating you until you insisted I stop, kissing you until you felt smothered, pulling your leg. "Enough Habib...my God, this child of mine," you used to say. Thank you for every memory, for every lesson. I can still hear your voice in my head. I would not be who I am today if not for your upbringing. I love you so much and will always love you. All the praises I receive are not mine, but yours. May you be granted heaven."

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan