Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Noorhafizah Othman, Meninggal dunia pada 16 September 2021.

Noorhafizah Othman

Meninggal dunia pada 16 September 2021

Noorhafizah Othman

Tarikh Kematian
16 September 2021
Tempat
Kedah

Mengenai Noorhafizah Othman

Noorhafizah Othman, 37, meninggal dunia di sebuah klinik swasta pada 16 September, 2021, jam 1.20pm. Beliau ke sana untuk mendapatkan rawatan untuk batuk berlarutan. Beliau tidak pernah berkahwin dan merupakan penjaga sepenuh masa untuk ibu bapanya yang berusia lanjut. Beliau tinggal bersama abangnya Khairulzaman dan ibu bapa mereka di Taman Delima, Sungai Petani. Dua minggu sebelum kematiannya, Khairulzaman, 40, meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani pada 4 September, 2021, jam 3.14 pagi. Bapa mereka, Othman Bakar, 71, pula meninggal dunia di HSAH pada 4 Oktober, 2.30 pagi. Ibu mereka juga dijangkiti tapi berjaya sembuh. Pasangan adik beradik ini merupakan dua dari empat adik beradik. Mereka dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Sungai Batu, Merbok.

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan