Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Condolences message for Nurfatin Amirah Binti Azelan from her employer Propnex Realty Sdn Bhd. It says "Her memory will always live on in our hearts."

Nurfatin Amirah binti Azelan

Meninggal dunia pada 29 Julai 2021

Nurfatin Amirah binti Azelan

Tarikh Kematian
29 Julai 2021
Tempat
Selangor

Mengenai Nurfatin Amirah binti Azelan

Nurfatin Amirah binti Azelan, 29, meninggal dunia pada 28 Julai, 2021. Beliau seorang ibu dan tinggal di Klang, Selangor. Beliau juga bekerja sebagai pengurus tadbir di PropNex Realty Sdn Bhd. Rakan sekerjanya, Haow Ming, berkongsi: "Kematian Fatin dirasai semua di syarikat kami, dari pihak pengurusan kepada para ejen yang beliau telah bantu selama ini. Kami telah meluahkan takziah yang ikhlas dan memberi sumbangan kepada keluarganya. "Ada yang amat terkesan, kerana kami telah kehilangan seorang yang sangat baik di tempat kerja kami. "Kenapa begini? Saya mula terfikir. Ramai orang berpendapat anda perlu jadi orang ternama untuk memuat impak pada masyarakat. Mereka bertanggapan ini hanya untuk usahawan, artis, golongan profesional dan ahli politik (yang ini saya tidak pasti di Malaysia). Tapi hakikatnya jauh dari itu. "Fatin hanya pengurus tadbir biasa dalam syarikat, yang bekerja di belakang tabir, jauh dari perhatian. "Tapi komitmen beliau untuk menyokong petugas PropNex memang tidak boleh disangkal. Hantaran media sosial warga PropNew yang menghargainya menjadi bukti! "Beliau sangat dedikasi terhada kerjanya, walaupun tidak sihat. Biar pun beliau diwadkan atau hari sudah kian lewat, beliau tidak akan memberi apa-apa alasan untuk tidak menghasilkan kerja yang efisyen dan bagus. Jam 4.39 petang, jam 7.15 malam, ini antara masa di mana beliau menjawab persoalan kami dalam kumpulan chat kami. Malah beliau masih bekerja dua jam sebelum menghembuskan nafas terakhir. "Secara peribadi, saya mempunyai beberapa pengalaman baik dengannya. Dan saya percaya ini pengalaman yang sama untuk ramai antara kami di PropNex. "Kami semua mempunyai pengalaman yang amat berharga dengannya, dan ini menunjukkan jawatan tidak penting jika anda hargai kerja anda dan berniat untuk menyumbang. "Perwatakan Fatin dan cara beliau menjalani kehidupannya membuat saya terfikir akan impak saya kepada orang sekeliling saya dan kepada dunia. "Pada tanggapan saya, objektif kehidupan ini bukan untuk menjadi seorang yang hebat yang dikenali orang ramai kerana kekayaan, jawatan atau pencapaian yang hebat, tetapi untuk menjadi seorang yang dikenali kerana budi pekerti, tidak kira sekecil mana. "Kepada insan yang saya kenali, walaupun tidak begitu rapat - Nurfatin Amirah binti Azelan. "Kami di PropNex Malaysia sayangimu. "Semoga tenang di sana."

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan