Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Kusni Ahmad make funny faces for the camera with his grandson, who is sitting on his lap. He has greying spiky hair and dark rimmed glasses.

Kusni Ahmad

Meninggal dunia pada 18 Oktober 2021

Kusni Ahmad

Tarikh Kematian
18 Oktober 2021
Tempat
Selangor

Mengenai Kusni Ahmad

Kusni Ahmad meninggal dunia pada 18 Oktober, 2021. Beliau seorang suami, bapa, datuk dan bapa saudara yang dikasihi. Beliau gemar meluangkan masa bersama keluarga, terutamanya cucu-cucunya. Kusni lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sebelum meninggal dunia, beliau memuatnaikkan sebuah video ke Facebook dari katil hospitalnya. Beliau mengucapkan terima kasih atas semua mesej dan kata-kata semangat yang dihantar kepadanya dan meminta maaf kerana tidak dapat menjawabnya satu per satu. Beliau sebak semasa merakam video tersebut. Anak saudaranya Hamimi Shamsul Hamidun berkongsi: "Arwah Pak Uda saya ini sangat-sangat baik orangnya. Sangat-sangat tak pernah tengok dia marah. Beliau sangat-sangat menjaga hubungan dengan jiran-jiran beliau. Teringat dulu selepas SPM, arwah Pak Uda bawa saya ikut ke Dewan Bahasa dan Pustaka dan sokong saya ke sana sini mencari peluang menyambung pelajaran selepas sekolah. Mak Uda Kamariah dan arwah Pak Uda sangat-sangat ambil berat aan semua anak-anak saudara mereka dengan cara mereka tersendiri. "Buku dan segala bahan bacaan tak pernah lekang dari arwah Pak Uda. Beliau sentiasa belajar dan menuntut ilmu sampai ke akhir hayat. "Masih juga terngiang-ngiang pertemuan akhir dengan Pak Uda pada bulan Jun. Beliau sangat-sangat terkilan dan sedih sebab sudah tak mampu untuk memberi komitment kepada komuniti di taman di mana beliau tinggal. Sampai tahap itu sekali kasihnya kepada komuniti. "Semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh di syurga."

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan