Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Md Yusop Talib cuts his birthday cake while surrounded by his family.

Md Yusop Talib

Meninggal dunia pada 19 Oktober 2021

Md Yusop Talib

Tarikh Kematian
19 Oktober 2021
Tempat
Melaka

Mengenai Md Yusop Talib

Md Yusop Talib, 73, meninggal dunia di Hospital Besar Melaka pada 19 Oktober, 2021. Beliau seorang bapa dan suami yang dikasihi. Anaknya Siti Sarah berkongsi: "8 Oktober : Isteri Babah positif Covid-19. 9 Oktober: Seluruh isi rumah mula kuarantin, ujian PCR Covid-19 Babah negatif. 9 - 16 Oktober: Babah mula bergejala demam dan sakit tekak 17 Oktober: Babah rebah dan kadar oksigennya 89 lantas dihantar ke wad kecemasan Hospital Besar Melaka. Ada perubahan pada ECG menunjukkan tanda-tanda serangan jantung. Babah tinggal semalaman di wad kecemasan atas faktor jantung. Babah dipasangkan nasal prong dan ujian RTK Covid-19 positif. 18 Oktober: Ujian PCR Covid-19 mengesahkan Babah positif. Babah dipindahkan ke wad 1-1. Babah masih ok, boleh angkat telefon walaupun mencungap. Sampai ke petang boleh terima panggilan, dan adik-beradik bergilir bercakap dengannya. Bermula jam 8 malam, Babah dah tak angkat panggilan. Kami sangkakan dia tidur, tapi sebenarnya, lepas doktor berikannya ubat dan air, Babah tidur buat selama-lamanya. Apabila doktor memeriksanya semula, Babah sudah tiada. Doktor sahkan Babah meninggal dunia dalam tidur akibat serangan jantung. Al-Fatihah buat Babah. Ralat sangat rasanya asyik lupa hantar oximeter. Ralat sangat kenangkan Baba menelefon pagi Isnin untuk cakap dia lapar. Tapi kita dah bagi tahu wad Covid tak boleh hantar makan. Dia cakap, "Babah tak selera makan (makanan hidangan hospital)...hantar la makan." Bah, orang ralat. Tenang la, Bah. Kami semua doakan Babah dapat ganjaran syurga kerana syahid dalam wabak ni. Al-fatihah, Bah 💔. Semoga jumpa lagi"

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan