
Mohd Sabri Mamat
Meninggal dunia pada 18 Oktober 2021
Mohd Sabri Mamat
- Tarikh Kematian
- 18 Oktober 2021
- Tempat
- Johor
Mengenai Mohd Sabri Mamat
Mohd Sabri Mamat meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 18 Oktober, 2021, jam 1.30 tengahari. Beliau merupakan timbalan pengetua pembangunan pelajar di MRSM TDI Pontian. Beliau juga setiausahah agung Persatuan Intelektual Muslim Malaysia. Beliau mulanya diwadkan di Hospital Pontian pada jam 7.30 malam hari sebelum kematiannya, setelah disahkan positif Covid-19 melalui ujian kendiri. Beliau dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah kerana paras oksigennya menurun ke 90 peratus. Isterinya dibenarkan kuarantin di rumah. Tidak sampai 24 jam selepas itu, beliau meninggal dunia akibat strok yang dikaitkan dengan Covid-19. Sebelum beliau dikebumikan di Parit Keroma, Ayer Baloi, jenazahnya akan dibawa keliling MRSM TDI Pontian, dan penghormatan terakhir diberikan oleh maktab tersebut.
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.