Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Azizah Salleh, Meninggal dunia pada 17 Ogos 2021.

Azizah Salleh

Meninggal dunia pada 17 Ogos 2021

Azizah Salleh

Tarikh Kematian
17 Ogos 2021
Tempat
Terengganu

Mengenai Azizah Salleh

Azizah Salleh, 47, meninggal dunia di Hospital Dungun pada 17 Ogos, 2021, jam 5.45 petang. Beliau meninggalkan suami dan empat orang anak berumur sembilan hingga 23 tahun. Suaminya, A Aris, berkata beliau sering risau apa akan terjadi pada keluarganya jika beliau meninggal dunia. Sehinggakan beliau takut untuk ke hospital apabila mula bergejala pada 1 Ogos dan tidak melepaskan tangan anak bongsunya Auni Syasya, 9. Suaminya akhirnya berjaya memujuknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Dungun pada 3 Ogos. Beliau ditidurkan selepas 10 hari diwadkan.

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan