Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Noraini Othman is kissed by her children. She is wearing bright red lipstick which matches her red headscarf and blouse.

Nor'Aini Othman

Meninggal dunia pada 11 Julai 2021

Nor'Aini Othman

Tarikh Kematian
11 Julai 2021
Tempat
Selangor

Mengenai Nor'Aini Othman

Nor'Aini Othman, 62, meninggal dunia pada 11 Julai, 2021. Anaknya, Fairus, berkongsi catatan ini pada hari ke-100 pemergiannya: "Al-Fatihah Mak Nor'Aini Binti Othman. Rindu yang teramat sehingga tiada penghujungnya. Allahuakhbar harini genap 100 hari pemergian bonda kami yang sangat kami rindui. Amat berat untuk aku titipkan coretan harini. Mak kami rindu Mak. Alang rindu Mak. Mak mesti tersenyum jumpa buah hati Mak di sana lama menunggu mak. Kami sentiasa mendoakan Mak dan Abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman ditempatkan disyurga Allah SWT. Aku titipkan pesanan pada diri sendiri dan semua. Bidadari yang bergelar seorang ibu, emak, bonda yang amat rapat dengan kita. Perginya dia, seperti hilangnya jiwa kita yang tiada arah. Celik mata mencari Mak, balik rumah dari bekerja insan pertama dicari Emak. Apatah lagi rindunya masakan, bebelannya hari-hari yang sentiasa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya. Allahuakhbar, cepat sungguh Allah pinjamkan buat diriku ini, terputusnya doa tanpa hijab buat diriku ini. Aku redha Ya Allah. Terima kasih kerana hadirkan seorang Emak yang terbaik buat kami. Dari hari pertama disahkan positif Covid-19, sehingga berjalan gagah menuju ke ambulance hati ini terasa amat sayu sangat melihat wajah emak. Rupanya itulah lambaian terakhir buat kami semua. Alhamdulilah Allah beri kesempatan terakhir untuk diriku ini untuk solat bersama, dan menghantar emak ke liang lahad. Setiap anak pasti inginkan berikan penghormatan yang terakhir buat insan yang tercinta bergelar emak. Mak, Alang sayang Mak. Mak sentiasa ada , tak putus-putus doa dan sentiasa sokong apa jua yang alang buat. Betapa rindu yang tak dapat diungkapkan. Ya Allah, moga kau tempatkan ibu bapa saudara mara kami yang perginya akibat wabak covid ini dikalangan orang yang soleh dan solehah. Kuatkan tabahkan lah hati kami untuk sentiasa terus kuat dan beriman kepadamu Ya Allah. Amin."

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan