Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Amir Korok has long dark hair and a long grey beared and mustache. He is tying a piece of cloth across his forehead. He has his glasses hanging on his T-shirt collar.

Amirudin Hasan @ Amir Korok

Meninggal dunia pada 19 Julai 2021

Amirudin Hasan @ Amir Korok

Tarikh Kematian
19 Julai 2021
Tempat
Kuala Lumpur

Mengenai Amirudin Hasan @ Amir Korok

Amirudin Hasan, 59, meninggal dunia pada 19 Jun, 2021, jam 10.22 malam. Beliau meninggal dunia tiga hari sebelum harijadinya. Beliau juga dikenali sebagai Amir Korok. Beliau seorang bapa dan datuk yang dikasihi. Amir Korok juga dikenali sebagai seorang "lagenda" dalam seni perfileman Malaysia dan berkhidmat dalam pelbagai produksi filem. Beliau diperingati sebagai seorang yang tidak kedekut ilmu dan sering memberi nasihat kepada mereka yang baru bergiat dalam industri tersebut. Beliau berasal dari Temerloh, Pahang tapi menetap di Batu Caves, Kuala Lumpur. Anaknya, Nor Fatin Sazzwana, menulis catatan berikut pada hari ke-100 selepas pemergiannya: "Betulah kata orang, rindu paling sakit rindu pada yang dah tiada. "Hari ini, 29 September, 2021, genap 100 hari Abah pergi. Nampak macam biasa-biasa tapi hati ini tak boleh nak ungkap apa-apa. Kami adik-beradik sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah abah di sana 🤲🏻 "Tuhan sahaja tahu macam mana perasaan kami semua adik-beradik. Sampai sekarang pun masih rasa tak percaya yang Abah dah tak ada lagi dalam dunia ini. Terlalu cepat Abah pergi tinggalkan kami 😔. "Dia Abah kami dan Mak kami. 😔 Dia besarkan kami dari kecil sampai lah jadi sekarang. Dia sanggup tak kahwin lain sebab tak nak memberi kasih sayang yang kurang pada kami 😔. "Ya Allah Ya Tuhanku, "Kau ampunkanlah dosa-dosa arwah Abahku, Ya Allah.🤲🏻Kau tempatkanlah arwah Abahku dikalangan orang yang beriman, Ya Allah.🤲🏻 Semoga rohnya dicucuri rahmat-Mu, Ya Allah.🤲🏻 "Sesunguhnya aku amat menyayanginya, Ya Allah. Aku redha dengan pemergiannya, Ya Allah🤲🏻. Aku redha dengan ketentuan dari-Mu ini, Ya Allah🤲🏻. Kau tabahkanlah hatiku ini Ya Allah dalam menghadapi dugaan-Mu yang satu ini Ya Allah🤲🏻supaya aku sentiasa berada di atas garis landasan-Mu Ya Allah🤲🏻🤲🏻🤲🏻." Rakannya, Ahmad Wafiuddin, berkongsi: "Hilangnya seorang lagenda. Mungkin korang tak kenal siapa dia tapi dia adalah seorang lagenda di set penggambaran. "Setiap pagi lepas sarapan, ketika matahari dah mula nak naik, dia akan keluakan senjata maut dia, iaitu telefon bimbit. Dia akan ambil selfie dan wefie bersama kawan-kawan di set. "Walaupun banyak kali diberi amaran jangan ambil gambar dekat set tapi dia tetap ambil keranah itulah Amir Korok. "Dia manusia yang terlalu baik dengan aku di lokasi. Dialah kawan aku berborak bersembang dekat lokasi. "Terakihr kami makan bersama di Kuang. Kami berbuka puasa bersama. Berselera sengat dia makan. "Walapun dia pangkat ayah tapi sentiasa aku panggil dia Abang sebab gaya rock dia yang stylo. "Bang, pagi ni aku sedih. Aku akan merindui gelak tawa kau, Bang. Rindu borak dengan kau. Rindu makan dengan kau. Paling ralat aku terkilan sedih sangat sebab tak boleh langsung nak lawat kau. "Tenanglah kau di sana bersama orang yang beriman, Bang. "Satu hari, Insha Allah, kita akan berjumpa lagi."

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan