
Harussani Zakaria
Meninggal dunia pada 30 Mei 2021
Harussani Zakaria
- Tarikh Kematian
- 30 Mei 2021
- Tempat
- Perak
Mengenai Harussani Zakaria
Mufti Perak, Harussani Zakaria, 82, meninggal dunia di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh pada 30 Mei 2021. Beliau yang bertugas seorang mufti negeri sejak 1985 dan sangat dihormati itu berasal dari Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar. Selain arwah, isterinya Ainon Abdul Ghani dan anak lelakinya Abdul Hakim Mazhar turut dijangkiti. Abdul Hakim menyusul pemergian bapanya pada 16 Ogos 2021. Harussani yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2008 menerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Islam pada tahun 2010. Beliau meninggalkan isteri dan empat orang anak.
Sentiasa dalam kenangan
Ahmad | Murid
Semoga Allah merahmati almarhum tuan guru kami. Legasi yang ditinggalkan, kesungguhan dan ketegasan yang ditunjukkan dalam mengangkat martabat agama, semoga menjadi bekal amal menghadap Allah... Semoga legasi itu diwarisiHeiri Fizi
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah (di baca).rulidacollections
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah (di baca).Hamba Allah | Saudara
Innalillahiwainnalillahirojiuun