
饶粦/ Eow Ling
Meninggal dunia pada 10 Ogos 2021
饶粦/ Eow Ling
- Tarikh Kematian
- 10 Ogos 2021
- Tempat
- Selangor
Mengenai 饶粦/ Eow Ling
Eow Ling, 66, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 11 Ogos 2021. Beliau mempunyai beberapa penyakit jantung selain tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolestrol yang tinggi. Suntikan vaksin dos kedua beliau terpaksa ditangguhkan kerana seorang ahli keluarganya didapati positif Covid-19. Beliau kemudiannya juga disahkan dijangkiti virus sama dan dimasukkan ke hospital kerana paras oksigen yang rendah. Keadaan kesihatannya kemudian merosot dan dia sempat berhubung dengan keluarga melalui telefon sebelum meninggal dunia. Anak perempuannya mengatakan bahawa bapanya bekerja keras sepanjang hayat untuk membesarkan mereka tujuh beradik. Menurutnya, mulai hari ini mereka akan mengambil alih tanggungjawab mendiang untuk menjaga ibu mereka pula.
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.