
Nurul Atikah Kushaimi
Meninggal dunia pada 14 Ogos 2021
Nurul Atikah Kushaimi
- Tarikh Kematian
- 14 Ogos 2021
- Tempat
- Selangor
Mengenai Nurul Atikah Kushaimi
Nurul Atikah Kushaimi, 19, meninggal dunia di Hospital Banting pada 14 Ogos 2021. Pada mulanya beliau dimasukkan ke hospital pada 12 Jun 2021 kerana tibi dan terpaksa ditidurkan selama tiga minggu, namun selepas sedar dan beransur sihat beliau dijangkiti Covid-19 semasa di hospital. Menurut ibunya Azlinatul, pemergian arwah amat dirasai mereka sekeluarga kerana Nurul Atikah ialah satu-satunya anak mereka. Bagaimanapun, beliau reda dengan ketentuan Allah. Ketika menceritakan keperibadian arwah, Azlinatul memaklumkan Atikah jarang sekali jatuh sakit. Arwah yang juga seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu mempunyai personaliti ceria dan suka bergurau selain menggemari aktiviti lasak.
Sentiasa dalam kenangan
rulidacollections
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah (dibaca).