
Ismail Putih
Meninggal dunia pada 4 Jun 2021
Ismail Putih
- Tarikh Kematian
- 4 Jun 2021
- Tempat
- Kedah
Mengenai Ismail Putih
Ismail Putih, 63, meninggal dunia di Hospital Kulim pada 4 Jun 2021. Isteri dan tiga anaknya juga turut dijangkiti. Selain Ismail dan keluarga, 14 orang lagi jirannya juga meninggal dunia akibat Covid-19 dan mereka ialah sebahagian daripada Kluster Dah Mahsuri yang dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Mahsuri . Kluster itu melibatkan ahli kariah masjid dan surau serta ahli keluarga mereka. Kawasan perumahan tersebut turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Arwah yang lebih mesra dipanggil Man Badot dikenali ramai kerana tugasnya selaku orang kanan kepada ADUN di situ. Penduduk setempat turut mengenalinya sebagai seorang yang pemurah dan sentiasa membantu penduduk melalui masalah yang diadukan.
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.